Bahan-bahannya :
BAHAN A
- 2 Cawan susu segar *guna fresh milk dutchlady lagi best* tp ucu xjumpa jd ucu pkai dutch lady full cream je..
- 8 keping roti putih *sebaiknya pilih jenama baik punya. supaya hasil dia nanti pun baik punya*
BAHAN B
- 4 sudu makan gula halus
- 2 sudu makan mentega
- 2 biji telur ayam
- 1 sudu teh esen vanila *letak banyak sikit pun takpe. kasi dia wangi sikit. best jugak bau vanila ni. erghhh*
- 1 sudu makan tepung jagung atau tepung gandum
BAHAN C
- 1 tin susu cair
- 2 sudu makan tepung kastard
- 2 sudu makan gula biasa
Cara2 nak buat pulak. Haaa jaga2 cara2 nak buat ni penuh dengan gambar. Senanglah untuk korang rujuk kan?
PERINGATAN : Sebelum korang mula buat resepi ni, panaskan dahulu ketuhar api atas bawah, suhu 180C. Supaya nanti korang tak payah nak tunggu lama2 lagi nak panaskan ketuhar ni. Ok? Dah panaskan? Bagus. Sekarang time adun mengadun!
1. Koyakkan roti dan rendam dalam fresh milk selama 30 minit. Ketepikan.
2. Letakkan semua bahan B tadi iaitu telur, mentega, gula halus, esen vanila dan tepung jagung ke dalam mangkuk macam gambar kat atas. Campak je semua sekali, takyah nak ikut urutan bagai.
3. Yeah! Dah pun sebati. Guna cara manual je sebab benda ni seciput je!
Ni dia bahan A dan bahan B.
4. Lepas tu, korang tuang roti yang direndam tadi macam gambar kat atas. Dah tu, gaul rata2.
5. Tadaa! Bahan A telahpun bergabung dengan bahan B.
6. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan. Haaa macam gambar kat atas ni. Lepas tu, terus masukkan dalam ketuhar. Tak perlu tunggu lama2 lagi, sebab ketuhar dah dipanaskan awal2 kan? Haa gitu. Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 180C selama 30 minit.
7. Tadaaa dah masak! Walaupun xcantik sbb masak pkai ruce cooker aje.. Huh bau dia memang menggoda gila time baru masak ni. Dengan bau vanila nya, rasa nak ngap terus je. Tapi kejap. Belum habis lagi! Sekarang kita nak buat topping dia pulak. Topping ni untuk korang tuang kat atas puding ni nanti.
8. Masukkan susu cair, tepung kastard dan gula ke dalam periuk atau pan yang tak melekat tu pun boleh. Gaul rata2 sampai satu masa tu, korang rasa berat je nak kacau. Itu maksudnya topping dah boleh di tuang.
9. Tuangkan topping ke atas puding roti tadi. Lepas tu, biarkan sejuk. Sabar dulu. Tahan nafsu nak makan.. Kalau nak lagi cepat sejuk, letak dalam freezer ok?
Tadaa ni la hasil nya selepas di sejukkan.. Walaupun xcntk tp bole la cubaan pertama ku jd jgk.. Nt dh ada oven mst lg cntk kan?? Hahah dpt jgk akhirnya mkn puding roti buatan sendiri..
Sejak preggy ni bnyk bnde la yg ucu mngidam tp nk buat sndri.. Heheh pdhal masa bujang mmg xsuka masak2 kek ni.. Time preggy ni la asik nk mkn kek aje nk buat kek je rasa tiap mggu.. Heheh
































