My Wedding Day

My Wedding Day
Muhamad Nazril Shah Bin Ramli ~ Erna Binti Hairuddin

Sunday, 20 December 2015

Pengalaman Berpantang Anak Pertama (Nur Aina)

Harini 21/12/2015 dah nk masok setahun 4 bulan dah anak baru nk update blog pasal berpantang.. hahah lama betulll.. ntah ingt lagi ke tidak.. Tapi umi just nk review cara umi berpantang masa ank pertama dlu.. Dimana langsung tiada ilmu pengetahuan tentang berpantang secara normal ni.. 

Masa bersalin anak pertama Nar Aina, mak yg jaga umi.. jaga aina.. Tapi mak pun tiada ilmu pengetahuan jugak tentang berpantang secara tradisional.. yg mak buat just jaga pemakanan dan jaga baby je.. 

Masa tu mak akn masakkan bubur dari hari pertama hingga hari ke tiga sahaja.. Selepas itu mak dah suruh makan nasi biasa. tp nasi sejuk.. Umi nak makan semua panas2 mak xkasi.. Mak kata kena sejuk2 baru boleh makan. Sebenarnya mak salah,. tp umi diamkan je.. dh untung la tu mak nk jaga kan? 

Makan bubur masa dalam pantang la paling sedap bagi umi sebab berak pun xtakut tp mak kata 3hari je boleh,  dh sedih sbb takut klu mkn nasi nt sembelit pulak.. Selepas tu makan la nasi dengan lauk ikan haruan rebus.. punya la xsedap.. tp bantai jela sebab dah pedih gila kt jahitan bawah umi tu. Sebabnya umi pun salah penjagaan tentang itu. umi xnk buang air kecil. Umi tahan je shari 2 kali je buang air. Rupanya sepatutnya kena kerap tukar pad n kerap basuh bawah tu supaya luka cepat kering dan jahitan cepat tertanggal.. 

Umi ni bila dah sakit pedih sampai menangis2. Sakitnya rasanya lagi sakit dr bersalin sebab umi btl2 xtahan sampai menangis gila2.. Bila abah tengok umi mengerang kesakitan macam tu cepat2 dia usahakan cari ikan haruan mentah utk di masak. Bila dah dapat umi plak jemu nak makan.. Makan terpaksa je la.. 

Lepas dari berurut kt ibuk gombak tu, Ibuk tu pesan masa tu mak pun ada sekali. Ibuk tu cakap makan kena yang panas2 kena nasi panas jgn yang sejuk2. Baru la mak faham.. bru hati umi lega bila ibuk dah pesan kt mak mcm tu.. Mak sebenarnya xpernah berpantang.. sebab mak xtinggal dengan orang tua. semuanya berpantang sendiri. mmg patut la xde ilmu berpantang kan? Nenek dah xde lagi pula mak tinggal kt sabah dimana mak asalnya dari Indonesia.  Sokey umi faham.. 

Dari segi mandian pula, mak akn sediakan air rebusan daun pandan tiap pagi dan petang.. Umi pakai mandi sedap je bauu wangii.. Air rebusan daun sirih serta manjakani pulak umi buat cebok tiap kali buang air.. Time buang air besar pulak mak pesan jgn tahan or jangan teran.. buat mcm biasa je.. supaya xde sembelit.  


Dari segi bengkung pulak, mula2 pakai bengkung mcm kt atas ni.. tp jening yg pendek punya.. pakai sehari je dah xbole pakai sebab pakai ketat mcm mana pun tetap jadi longgar sebab umi ni badan kecik.. so tukar bngkung pulak.. Jenis yang sama tapi size panjang ckit MIL yang belikan.. pun bole pakai sekejap saje sebab size badan umi kecik sangat.. antar balik kat MIL suh dia orterkan tp smpai kesudah xdapat2 balik sebab tah mana dia letak.. so umi xpkai ape2 dah.. bila pergi berurut kt ibuk gombak tu, ada bengkung tradisional yang panjang tuu.. baru lagi ibuk beli kt mana tah.. lepas tu mak ckp la nk beli sbb umi ni xde bengkung, so ibuk tu jual la dekat umi dengan harga RM20.00.  Lepas berurut tu ibuk pakaikan kan KETAT gila.. bentuk tubuh badan cantik gila breast montok gila tp tula berjalan macam robot.. haha

Balik tu mak belajar pakaikan umi bengkung smpai la habis pantang umi guna,.. pegi ofis pun lepas 2 bulan tu abah pulak pakaikan umi.. 

*ni bengkung yg panjang tuuu

Bertungku pulak umi pakai tungku bantal Panas tu. Umi pakai yang tu tungku kt perut kt breast sedap jugak pakai sebab xde pengalaman lagi pakai tungku batu or besi.. itu pun umi beli dah lama sebab pakai time period. umi ade senggugut so sedap pakai bantal panas letak kt perut n belakang pinggang. Tapi masa dalam pantang tu time tengah caj tu bole pulak meletupppp.. fuhh tekejut betul.. nasib baik la masa caj tu dalam bilik, dalam bilik mmg xde sapa sebab umi mak dan aina lepak kt ruang tamu tengok tv.. bahaya jugak bantal panas ni kalau xjaga betul2 time caj dia. Xboleh caj lama lebih dari 8minit or bila lampu dah hijau kene matikan suiz.

*nilah tungku moden @ bantal panas. senang tapi bahaya. 

Pilis umi pakai beberapa hari je sebab malas or lupa kot.. pakai bengkung pulak xletak apa2 minyak pun.. mula2 letak la perahan limau dan kapur tu kt perut. tapi bila pegi berurut ibuk tu cakap bengkung xletak apa2 pun xpe. so mak pun malas nak letakkan kt perut so just pakai bengkung jela.. 

Pemakaian pulak umi pakai lengan pendek jeeee kt umah.. pakai kain sarung pakai stokin. Dah la pakai baju lengan pendek, pakai econ pulak tuuu ish3.. xmacam pantang dah.. mana tak nya bila berpeluh abah kesian tengok, dia hidupkan la econ.. dh xmcm org dalam pantang.. huhuhuh

Umi pakai sweater je bila rasa bengkak susu rasanya dalam hari ke empat kot sebab susu xkeluar dr mula bersalin sampai hari ke empat. Kesiannn aina susu xde lgsung.. nasib baik keje aina tidooo saje.. petang tu cepat2 pegi berurut untuk keluarkan susu,, lepas bertangas basah tu mcm bersauna, baru susu menitik sikit2, umi apalagi terus menangis seiring dengan air susu tu menitik. hahaha yelaa terharu kauuu rupanya ada jugak rezeki susu umi untuk aina.. Syukurr Alhamdulillah.. Lepas tu terus xjadi demam bengkak susu.. fuhhh selamatt umi nasib baik xjadi demam.. heheh

Masa dalam pantang ni umi kerap sangat keluar rumah.. Pegi berurut 4kali pegi gombak sebab ibuk tuk xdatang rumah sebab bahan2 & peralatan ibuk semua tradisional semua kt umah dia.. so umi la kene datang sana.. 

Sudah tu pegi daftar kelahiran aina pun umi keluar ikut jugakk.. itu pun ada hati nak pegi shopping kt jalan Tar dengan mak.. haha xsedar diri betolll.. Abah ikutkan aje, Nasib baik la bapak ckp xpayah la dulu sebab umi belum sembuh betul.. So xjadi, terus balik.. 

Lepas tu Aina pulak kena demam kuning, mana tak nya ibuk bagi umi minum jamu kunyit pure homemade dia.. Petang tu terus Aina kena demam kuning.. Esoknya Nurse datang tengok aina kene kuning terus nurse suruh aina kene datang klinik Ampang cek kuning.. Umi pun ikut jugak... sepatutnya boleh je umi xikut.. huhuh 

Dari segi jamu pulak umi lupa terus nak makan jamu sebab aina dah demam kuning mak ckp nanti dulu la makan jamu sebab panas kesian aina nanti. Balik kg kt Tawau sambung berpantang lepas sebulan pantang kt kl, pun umi lupa bawak set bersalin Air mancur tuuu... Abah pulak xnk kirim tunggu umi balik la baru makan.. so memang xmakan laaa jawabnya.. huhuh kt kg umi just beli online Jamu manjakani By Sue je itu jela umi makan... Tapi jamu ni best balik kl jew bila abah nak umi takuttt tapi rasa dia ketat gilaaa hahaha opssss teroverrr pulakk.. 


*Ni la set bersalin Air mancur.  

Umi baru pakai pilis jee xsempat pakai yang lain.. insyaAllah anak kedua nanti umi pakai set ni je. sebab masih belum expired.. Umi bersalin Jun 2016 expired set ni Aug 2016.. 

Begini laa pengalaman bersalin umi masa anak pertama aritu Nur Aina.. Sudah umi nampak gemuk.. Bila orang tanya, umi cakap la bahagia & menyusu punya pasal.. Bila menyusu kan jadi cepat lapar? haha orang sebok la asik tanya mengandung keee bila nampak perut buncit umi tuuu.. ishk3... 

Pantang kali kedua nanti InsyaAllah umi buat betul2.. Sekarang dah 3 bulan setengah, umi dah start kumpul ilmu cara Berpantang dan Ilmu menyusu.. huhuhhu

AZAM umi anak kedua nanti insyaAllah kalau semuanya selamat dan di permudahkan, umi nak menyusukan anak smpai 2 tahun, berpantang ketat2 dan dengan ilmu yang betulll.  Aminnn... 

*Semoga Allah lindungi Anak umi Nur Aina dan anak umi dalam perut ni, Semoga dipermudahkan umi bersalin nanti.. Aminnnn

Wednesday, 16 December 2015

BERPANTANG STYLE OPAH


 PANTANG 40 HARI

Rutin harian sewaktu berpantang.

1) Mandi Daun

Minggu pertama berpantang tu, opah rebuskan air daun untuk mandi pagi dan petang. Masa hari pertama bersalin, opah yang mandikan kak ton. Memang sangat terharu.sob…sob…hari esoknya dan hari-hari seterusnya mandi sendiri la. Daun-daun ni semua opah tanam tepi rumah. Best tau mandi air daun. Rasa segar je badan. Daun apa dalam periuk ni. Macam-macam jenis daun ada. Ada daun inai, pandan, daun lengkuas, daun limau purut, serai wangi, daun asam gelugur, sireh dan lain-lain. Mandi daun ni seminggu pun dah ok. Takpayah sampai 44 hari. habis botak pokok nanti. Mandi suam-suam ye. Jangan la pulak mandi bila air dah sejuk. Duduk di bandar bukan alasan kata mana nak cari daun-daun ni semua dan takde tanah nak tanam. Korang pergi je pasar kat Chow Kit tu macam-macam daun ada jual. Sediakan duit aje..


'Hasil tuaian dari kebun'



2) Berganggang api

Ada juga orang sebut bersalai api. Kak ton rasa, ni antara salah satu faktor utama kak ton boleh kurus dengan cepat. Ngeee…Opah guna dapur batu dan juga arang. Kemudian letak bawah pangkin atau tempat yang boleh kita baring. Orang dulu-dulu buat pangkin guna buluh. Ikat macam rakit tu dan alas dengan tikar mengkuang untuk bersalai api ni. Berganggang api ni buat lepas mandi air daun. Waktu pagi dan petang selama seminggu.



3) Bertungku

Lepas berganggang api kita bertungku pulak. Ada banyak jenis tungku. Opah pakai batu sungai. Panaskan atas api sampai batu jadi merah. Kemudian alas dengan daun mengkudu/ daun lengkuas/daun bunga kantan dan balut dengan kain. Bertungku ni buat sampai habis pantang atau perut dan kembali kempes semula =). Selain tungku kat perut, letak juga kat tapak kaki, jantung betis, dan juga belakang pelipat kaki. Bertungku ni sangat-sangat penting. Ia membantu untuk mengeluarkan darah kotor (haid dan nifas) dari badan kita tu. Bila darah kotor tak habis keluar dan terkumpul dalam badan tu yang menyebabkan macam-macam penyakit dalam rahim tu. Doa minta dijauhkan.





4) Air Akar Kayu dan Halia

Ni namanya periuk tanah. Beli masa beranakkan aliya dulu. Sayang gila kat periuk tanah ni. Banyak jasa dia. Periuk ni guna untuk rebus air akar kayu dan juga air halia. 



Ai suka minum air halia compare ngan air akar kayu tu, berdengung telinga minum. Tapi nak cepat sihat dan nak cepat kecut badan telan aje la. Minum air akar kayu dan air halia ni pakai cawan kecik je ye. Macam cawan orang minum air zam-zam tu. Jangan pula minum pakai gelas teh tarik pulak.  Pitam nak menghabiskannya nanti. Guna cawan kecik tapi minumnya kerap. Kalau siapa yang nak try minum air halia nah amik resepi ni:

Air Halia
Halia sebesar tapak tangan
Seketul kecil gula batu/ gula kabong
2 ulas bunga cengkih

Caranya:
Ketuk halia. Masukkan gula batu dan bunga cengkih ke dalam periuk tanah. Tuang air hingga penuh periuk. Renehkan hingga air tinggal 3/4.

Air halia ni bagus untuk panaskan dan buang angin dalam badan. Kalau menyusukan anak, dia pun sama tak kembung kalau mamanya minum air halia. Halia ni ada banyak jenis. Ada halia untuk masak, halia bara dan halia bentong. Opah guna halia bentong. Halia ni gred yang paling baik sekali dan harganya mahal sikit. Sekilo RM24. Ni kawan Cina dia yang ajar suruh guna halia jenis ni. Apa beza halia bentong dengan halia lain? Halia bentong lagi ‘pedas’.Tapi kalau korang tak jumpa halia bentong, halia yang guna untuk masak tu pun boleh pakai.


5) Manjakani

Manjakani ni opah masak dan buat jamu untuk ai makan. Fungsi dia untuk kecutkan rahim. Kadang-kadang dia campurkan dalam rebusan air halia. Jangan tanya rasa apa ye. Mana ada ubat rasa manis. Yang manis tu la biasanya yang racun.


6) Barut

Untuk barut perut, saya pakai dua jenis. Jadam dan kapur sireh. Gilir-gilir pakai. Biasa orang guna jadam sapu kat ‘nenen’ untuk wean off anak. Tapi sebenarnya jadam juga boleh guna untuk susutkan perut lepas bersalin. Cara dia hancurkan jadam dan campurkan dengan air limau nipis kemudian panaskan sekejap dalam periuk atas api. Bila dah sejuk sapu kat perut dan lapik dengan kain sebelum pakai bengkung. Kapur sireh pula selain susutkan perut ia juga untuk putihkan kulit perut yang hitam semasa mengandung. Campur dengan air limau nipis juga. Tapi tak perlu masak macam jadam tu. Bila dah penghujung pantang tu, saya pakai losyen pati halia yusmira je. 



7) Bengkung Jawa

Walaupun namanya bengkung JAWA tapi jangan main-main, Ratu Elizabeth 1 dan Ratu Victoria pun pakai bengkung jenis ni tau. Bengkung ni opahAliya buatkan. Panjangnya 15 meter (kain 5 meter dibelah 3). Ada orang panggil bengkung ni bengkung lilit. Cara pakai dia macam berdandan rambut. Memang kemas dan kejap. Bengkung ni pakai 24 jam selama 40 hari. Opah pesan kalau rajin terus pakai sampai 100 hari tapi bukan la 24 jam tapi time malam je supaya kita tak overload makan. Kalau tak biasanya akan jadi ‘lori DBKL’ menghabiskan makanan anak-anak yang tak habis dimakan. So this time, kalau tak habis makan simpan bagi kucing atau pejam mata masuk dalam tong sampah. Tak kuasa mama jadi lori makanan. Bukan senang nak kurus balik tau…. 

Foto kredit: bianca.embracinglabor.com


8)Lulur + Pilis

Lulur saya pakai yang Nona Roguy punya. Fungsi dia 2 in 1. Memang best. Selain lulur badan dia juga boleh dijadikan pilis letak di dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Bau rempahnya sedap dan rasa panas dia pun lama. Al maklumla. Dulu tido nyenak. Sekarang tido malam berapa jam je. macamana tak sakit kepala. 


9) Bertangas

Last sekali ialah bertangas. Bertangas ni buat bila darah nifas sudah kering ye. Bertangas ni ada2 jenis. Tangas basah dan juga tangas kering. Tangas basah kita rebus semua bahan-bahan herba dan daun. While tangas kering pula kita letak bahan-bahan tangas tersebut di atas batu sungai yang telah dipanaskan. Untuk bertangas ni, ai guna kerusi kecik yang untuk membasuh kain tu. Beli yang berlobang-lobang supaya wap boleh lalu kat situ. Letak bekas tangas bawah kerusi dan duduk sambil badan tutup dengan kain batik dan buat la senaman kegel. Senaman apa tu? Pergi cari dekat google. Jangan malas. Ni kat bawah ni bahan-bahan dan cara bertangas kalau korang nak buat sendiri kat rumah. 


TANGAS BASAH
Asam keping
Garam kasar
Daun sireh
Daun ina
Daun pandan
Manjakani

*Semua bahan direbus dan wapnya digunakan untuk bertangas*


TANGAS KERING
Kunyit hidup
Halba
Garam kasar
Jintan hitam
Manjakani
Air limau nipis
Air asam jawa

*semua bahan ditumbuk dan diletakkan di atas batu sungai yang telah di panaskan dan gunakan wap yang terhasil untuk bertangas*

Pilihla cara yang rasa senang. Saya suka tangas basah sebab campak semua daun-daun dan rebus hingga mendidih. Orang ‘rajin’ memang macam ni…


PANTANG 100 HARI

Untuk pantang 100 hari opah Aliya pesan, jangan minum ais ye kalau tak nak urat kat betis tu timbul macam cendol. Jangan makan makanan yang sejuk-sejuk macam jambu batu dan makanan yang berair seperti tembikai dan betik. Lagi, rajin-rajinkan diri untuk terus pakai bengkung dan bertungku. 

Rasanya itu aja la petua opah Aliya yang dapat dikongsikan bersama anda di luar sana. Panjang lebar petua dan tips. Rasa macam mak bidan pulak. Entry ni sebenarnya saya tulis untuk rujukan sendiri dan juga anak-anak perempuan saya dikemudian hari. Semoga ianya juga dapat memberi manfaat kepada orang lain. Seronok sebenarnya berpantang ni. Me, InysaAllah boleh tambah sorang dua lagi anak. Tapi kalau ketiga nanti keluar lelaki, i will close the shop lah. Haha….3 tahun lagi kot baru beranak balik. Apa-apa pun Amira will also breastfeed until she reach 2 yrs old. Same like her Kakak Aliya. Hak untuk menyusu pun mesti sama rata juga. 

Oh ya, mesti ada yang tanya tak pergi berurut ke? Opah cakap kalau nak berurut buat lepas habis pantang atau bila dah pertengahan atau penghujung pantang. Jangan lepas bersalin terus berurut sebab urat badan masih bengkak lagi. Itu apa yang ayah dia (toki) pesan dulu dan dia kemudian pesan kat saya. Memang logik juga. Last but not least, nak buat semua ni kene ada disiplin. Awal subuh opah dah kejut bangun. Mandi awal, kemudian berganggang api dan bertungku. Masa awal-awal tu senoneng juga la kepala sebab tak cukup tido. Tapi sekarang dah ok. Next entry, I will write about makanan orang dalam pantang pulak. So, stay tuned… =p


*copy paste dr blog MamaAliya

Wednesday, 28 October 2015

HADIAH 2nd Anniversary dari Allah..

Syukur Alhamdulillah umi dah tempuhi alam perkahwinan dengan abah selama 2 tahun.. 27/10/2013-27/10/2015.. dengan kehadiran seorang cahaya mata Nur Aina.. syukur Alhamdulillah merasa susah senang dengan abah berdua dan bertiga selepas lahirnya aina.. 

*Gambar dari google

Macam ni la umi punya UPT double line tp satu line kurang jelas pulak.. 

Hari ini 28/10/2015 umi ada berita gembira.. hehehe terima Kasih Ya Allah atas rezeki mu.. umi buat UPT test xsabar2 tunggu lg umi rehat tengah hari terus pegi Guardian beli UPT test.. balik opis terus buat.. Alhamdulillah DOUBLE LINE.. heheheh sepatutnya lebih afdal buat pagi2 bangun dari tidur air kencing yang pertama.. tapi umi xsabar2 nak tau.. 1st day last period umi 12/09/2015 so umi kira2 kitaran 28hari dah lewat 12 hari.. lepas tu malam kerap kencing 2 3 kali bangun buang air.. tapi fikir hujan malam sebab itu kot asik terkencing je.. tp memandangkan dah lewat beberapa hari xsabar tunggu lg seminggu jadi umi terus buat test UPT..

xsabar nak bagi hadiah ni kat abah esok pagi.. sebab esok pagi umi nk cek lg skali.. takut xpasti pulak kan?? mudah2an la betul ini rezeki yg Allah bagi kt umi dan abah.. jd Aina nak dapat adik xlama lagi.. yeayyyy hihihih... umi pun nanti2kan sangat anaK kedua ni.. sebab dapat cuti lama 4 bulan tuuu.. kalah kerja kerajaan 3 bulan cuti.. hehehe 

Masa Aina dulu umi cek UPT satu line kurang jelas tp memang sah mengandung masa tu.. sebab banyak tanda2 yang ade.. kali ni cek UPT pun 2 line tp satu line xjelas jugak.. tiap hari umi rasa happy tp xnk terlalu exited sebab takut bukan rezeki,.. umi xnk kecewa.. walaupun dh ada aina tp umi nak sangat ada baby lagi. ada la teman aina bermain nt.. heheh 

Anak kedua ni umi xkisah jantina.. kalau Lelaki syukur Alhamdulillah tapi kalau perempuan pun syukur jugak ada tlg umi buat kerja rumah.. sebab umi tgk Aina rajin sangat tlg umi.. umur setahun lebih dah bole kene suruh simpan baju kotor dalam bakul.. suruh kemas mainan masuk dalam bakul.. heheh dah pndai kene suruh.. rajin pulak tu.. hehehe

Bangun pagi 29/10/2015 umi cek lg skali.. memang sah Double Line.. walaupn 1 kurang jelas.. tp nampak Double Line nya.. heheh Syukur Alhamdulillah.. Umi dah kena start mengaji kerana Allah.. mudah2an sempat khatam al-Quran sebelum bersalin.. amin.. mudah2an umi istiqomah habiskan bacaan al-Quran tu.. aminnn.. mudah2an jugak di kurniakan anak yang soleh solehah lembut hatinya baik budi pekerti serta berjaya di dunia dan di akhirat.. aminnn,...

14/10/2015 cuti awal muharram.. so umi dgn nenek pegi berurut kt gombak tempat yang urut umi masa bersalin haritu.. so, ibuk tu tanya bila nak mengandung lagi? umi cakap nak tahun depan boleh ke? ibuk tu kata boleh asalkan bersalin normal dan berpantang betul2..

Rasanya masa urut tu kot ibuk tu dah betulkan rahim umi balik tu melekat kot,.. xpun memang REZEKI dari Allah.. apapun sebabnya umi tetap bersyukur.. Alhamdulillah.. hehehe

Monday, 12 October 2015

Mini reunion PLKN Kump 2/4 2007 & Geng Form 5

best sangat besday Aina ni.. dapat kumpulkan kwn2 plkn umi buat reunion jumpa balik semua.. walau xramai.. ade dr kk-semporna-twu.. ade dr semporna, lahad datu dan dr tawau sendiri.. 
umi post gambar jak la.. malas nk type pnjang2 hehhe
ni dia mini reunion.. xramai tp meriah kan?? hehhe sanggup dorg dtg.. tp niat mau reunion.. skali reunion d majlis hari jadi aina.. 
aina sebok mau bediri xnk duduk.. eee


 yg tdung hijau tu la rapat masa plkn.. yg tdung kuning msa plkn xrapat 1 group tp xsatu bilik.. dlm group whatsapp bejumpa balik tu yg jadi rapat.. 











 yg ni geng2 form 5 umi.. yang tudung biru tu besfren umi form 4 & 5.. hehe
 yg tudung coklat tu bespren umi 1 kg 1skola tp dia kelas kedua.. bff plkn jugak.. 





Nur Aina 1st Birthday

Syukur Alhamdulillah Aina dah setahun.. Setahun jugak aina dpt susu badan full dr umi walaupn kadang xcukup.. Umi dan abah dapat buat majlis hari jadi aina secara sederhana. tp bnyk jgk duit dh abis nih.. hehe

ade bnde yg umi tempah mmg khas untuk majlis Aina ni.. 
Majlis Hari jadi Aina ni sambut lewat sebulan.. sambut pada 22/09/2015 umur Aina dah setahun sebulan.. 
Syukur alhamdulillah jgk majlis berjalan dengan lancar.. makanan semua cukup.. meriahhhh baq hang.. sebab kawan plkn umi dtg jugak.. kwn2 skola.. walaupun xramai tp meriah sebab mmg dah lama xjumpa.. hehe

Terima Kasih buat mama sma bapak bg keizinan cucuk2 dinding n tumpang buat majlis d rumah bapak.. demi cucu.. hehe 
rumah mama dh lama xbuat majlis hari jadi mcm ni.. itu pon last masa mak sue ratna kecik.. skrg mak sue dah umur 18.. heheh

Aina boleh la tgk2 gambar kenangan masa hari jadi aina ni.. buat tatapan Aina nnt besar.. Umi buat semua khas untuk Aina.. 

Smoga anak umi Nur Aina jd anak yg soleha, dengar cakap, murah rezeki, jd anak yang bijak pandai serta cerdik, taat kepada perintah Allah serta berjaya di dunia dan di akhirat.. aminnnn 
Insya'Allah



 Gambar Aina yg tergantung tu umi tempah untuk simpan kenangan Aina dr New Born sampai lah setahun.. semua umi simpan gambar aina.. nt besar bole la tengok aina kecik mcm mana.. hehe

yang Happy Birthday tu umi beli je kt kedai rm2.. bnyk jual 
 yang bantal nama Nur Aina 22/08/2014 dan Aina's !st Birthday tu pun umi tempah jgk dengan kawan umi jumlah rm140 termasok bantal 2 pcs, frame 2R aina dr NB ke 1 year , dan frame family kite.. 
 ha ni dia frame Family kite abah dan umi then Aina .. hehe
 masa ni sebelum majlis aina sehari xtidur sbb semua org bz.. umi plak bz masak sbb mama jln p kenduri kawin.. aina pun ikut mama.. lepastu aina dh mula marah2.. umi bagi tidur kejap sbb takut nt masa majlis Aina marah2 plak.. biar dpt tidur sekejap.. 
 naa ni dia Majlis dah bermula.. hehhe
 ramai jugak budak2 itu pn ank kak ina, c cewa dgn kwn2nya.. abg qimi,.. itu jela.. ehe

 Happy Besday sayang... Abah Aina dan Umi.. 




candy buffet umi buat simple.. asalkan ada.. hehe 
tu dia bz nye princess kira gula2 dia.. hehe

Aina dgn Abg Qimi..  





Aina dh dapat kaki mmg xreti dduk diam kan?? ngam umur aina setahun 22/8/2015 aina mula bediri bjalan.. dalam 2 hari bgtu aina jatuh bangun.. lepas tu dh bole jln dah xjatuh2.. 

alololo ciann princess mengantuk btl.. hehe 

umi cuap abah makan kek.. umi cyg abah dengan Aina tau..  

cuap Aina pulak tp xmauu..  
nk main sendiri pulak.. 






umi dgn ibu dgn abg qimi dgn Aina.. 
ni dgn mak sue dgn bapak ngn mck Jum 


bapak gendong Aina 

bapak gendong qimi plak 
abah dengan Aina 

Abah Aina Umi 

Umi suka sgt dgn gambar ni.. suweeett gitu,.. heheh mudah2an umi dgn abah kekal bahagia hingga ke jannah dengan anak2 yg soleh dan solehah kelak.. aminnn 



nenek tang mama mck jum haha


Umi edit gambar Aina pkain Pizap.com 

ni masa pilih gaun aina.. Gaun putih ni 1st yg Aina try.. comeyy kecik tp warna putih.. umi nk warna pink.. 
yg ni punya design la sbnrnya umi nak tp pink dah abis pulak.. xnk kuning.. 

haa yg pink design ni Aina yg pilih.. haha tgok tu Aina mntk umi tlg pkaikan utk aina kan? hehe


dah pkai siap acah2 lg tuu bajet comel pulak yee hehe

umi dengan mak sue yg comell.. nmpk sgt mk sue comel dlm gmbr ni kan? sbb dia pinjam headband Aina.. klu x mmg xcomel huhh haha
umi jgk natural beauty tauu hahah 


Aina posing lama mcm ni,. bajet mcm retis pulak dia hehehe 


belon nur Aina 1 (no. 1 terbalik lekat.. haha? beli kt chow kit.. murahhh heh kt tmpt lain size 7 inci mcm tu 1 rm10..  


Aina ditenggelami belon2  

ni semua Umi yang hias tau.. ade la jugan mak sue mama abah tlg ckit.. masak lauk pun umi yang masak.. huhuh mama blk masak ckit2 je.. dh xde ape nk buat.. cewakk hasil usaha umi sndri 70% la jugak.. yg lain2 d bantu oleh mama abah mak sue/.. 
mana hilang Aina ni?? xnmpk dahh 


ni umi dgn Mck Ina.. hahha mck ke nenek xtau lahh


yg ni dh nk balek kl.. aina punye la gedikkkk dgn nenek.. happy sgtt .. hehe  



ni sebelum majlis shari sbelum kot..  

alolloolo comey btul ank umi nih.. pandai betul posing tau.. hha 


Sleeping beauty Princess 
Insya'Allah klu ada rezeki aina lg bole sambut besday lagi akan datang.. mudah2an Abah dgn umi murah rezeki ye syg? aminnnn