My Wedding Day

My Wedding Day
Muhamad Nazril Shah Bin Ramli ~ Erna Binti Hairuddin

Thursday, 31 October 2019


CHEESE CAKE SEDAP DAN MUDAH DI BUAT

Assalamualaikum..

Tajuk boleh tahan kan? hehehehe. saja la aku nak simpan resepi aku kat sini sebab aku ni jenis pelupa. kang kalau aku simpan kat lain ntah hilang kat mana-mana ntah. kalau simpan dalam blog aku ni sekurang-kurangnya dapat bantu korang-korang yang nak buat cheese kek jgk kan? so ni la resepi aku yg sangat mudah...

Resepi ni untuk 2 biji kek terus. sebab aku buat untuk family kalau 1 kek je mmg tak cukup. ni pun tak cukup. raya tahun depan kena buat 10 biji..hahahaha. kalau korang nak buat untuk 1 kek, pandai-pandai la korang bahagikan 2 yek..eheh...

Bahan: Untuk 2 biji Cheese Cake (Loyang 8.5")
Base (buat untuk 2 kek terus):
Bahan: 1 paket biskut marie munchy perisa asli 300g 1 paket buttercup .
Cara: 1. Hancurkan biskut. Tumbuk biskut dengan lesung. Pastikan tidak terlalu lumat. JANGAN kisar halus. 2. Gaulkan biskut yang telah di hancurkan dengan buttercup yang telah lembik. 3. Pastikan sebati. 4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian untuk 2 base cake. 5. Masukkan setiap 1 bahagian ke dalam loyang dan tekan-tekan. 6. Biarkan seketika.
Layer Cheese Cake: (Untuk setiap satu kek)
Bahan: 1. Cream Cheese Jenama Fatura 500g (pastikan telah dilembikkan) 2. 200ml whiping cream jenama Anchor 3. 2 biji telur gred C (dibuang pusat) 3. Satu sudu kecil (sudu teh) sunquit- untuk bagi masam sikit. Nak letak perahan lemon juga boleh. 4. Satu sudu kecik (sudu teh) isen vanila 5. 120gm gula kastor
Cara-cara:
1. Masukkan cheese cream, whiping cream, gula kastor, isen vanila, dan sunquit. 2. Putar sehingga sebati. 3. Masukkan sebiji demi sebiji telur dan pukul lagi adunan. (Pastikan jangan terlalu lama adunan di pukul. Cukup sekadar sebati sahaja.) 4. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam loyang yang mempunyai base tadi. 5. Bakar dalam oven dengan kepanasan 150 darjah celcius selama 30-40 minit. 6. Tengok kalau dasar kek dah keperangan sikit2 maknanya dah masak. 7. Biarkan kek seketika di dlm oven supaya kek tak terkejut dan merekah secara mendadak. 8. Bila dah sejuk, keluarkan kek.sejukkan dulu sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk. 9. Bila kek dah sejuk boleh di hias dengan blueberry. 10. Potong kek dgn menggunakan pisau yang di rendam dengan air panas agar potongan nampak cantik dan tidak serabut. 11. Sedia untuk di hidang.
Ni bahan-bahan yang aku guna

Loyang ni best. Beli kat ikea. murah je. tak ingat berapa RM..20 ke 30? lebih kurang la..hehe

klasik cara aku tumbuk. lantak pi la asal jadi..lol...

campur dengan butter cup

gaul dengan tangan je lagi kaw..uhukkk

tekan atas loyang jadi rata camni

sesi pukul memukul...

pukul janji sebati. jangan lama sangat.

tuang dalam loyang yang dah ada base biskut dgn butter td..

Bakar..kepanasan 150 darjah celcius selama 30-40 minit. Abaikan oven yang comot. :p





Siap untuk 2 biji...

Komen: (ni lepas makan & untuk aku improve akan dtg..)
Base terlalu tebal bagi aku. So lps ni kurangkan biskut kpd 100gm setiap loyang shj @ agak2 nipis je.. (sbb aku tak suka makan base dia. tapi suami aku kata dah ok sbb dia suka makan base tu. terpulang pada masing-masing punya citerasa kot..)
Rasa dah sedap cuma tekstur agak kasar sikit. Boleh buat bg smooth skit. Mungkin boleh keluarkan cream cheese bg cair dulu baru la pukul adunan...
Apapun..kek ni mmg laku gila. sekejap je licin....heheheh.. nasib baik family aku mmg suka makan cheese kek ni so semangat aku nak buat lagi yang sedap-sedap untuk diorg..
Sekian..Selamat mencuba kepada yang ingin mencuba... :)

Alhamdulillah...utk kek tahun 2014..tekstur semakin cantik..haha...masih mengekalkan resepi yg sama..cuma berbeza oven shj..

Happy baking u ols...xoxoxo...





Alahan Ketika umi mengandung Kakak Aina, Abang Ammar, & Adik Baby

ALAHAN ANAK PERTAMA

Masa mengandung anak pertama, umi kurang alahan, muntah pun hanya dua kali tak silap, masa dekat Pizza Hut dekat Ipoh, bercuti dengan Wanie, kak As dan Fiza ke tambun, dan masa turun dari cameron Highland muntah tengah jalan sebab jalan berliku2 buat pening kepala. Selepas dari itu rasanya tak ada muntah lagi dah. Selera makan pun elok je. 

Anak pertama umi suka sangat tengok budak ni comell harap kenan dekat baby la. Nak baby putih, rajin minum susu, soya, makan tempe, tau fu fa, yang penting makanan berasaskan soya lah. Nak anak putih punya pasal. haha.. Akhirnya bila baby lahir hampeh jugak. hahaha Ikut kulit abah dia. Itulah Aina hihihi. 

Ni masa dekat Kg Opah, Onyang Aina dekat Sg, Siput Perak. 

Baju Biru ni masa kandungan umi 40 minggu kot, umi kerja dekat Hap Seng lagi masa ni. Muka memang buruk gila tak berseri langsung, tak nak pakai mekap. Muka biar togel gitu je.
Masa pergi hospital pun muka pucat tetap tak berseri hehe sebab umi kandungkan Aina dalam perut. 


ALAHAN ANAK KE 2:

Masa ni Ammar dalam perut umi, 3 ke 4 bulan gitu. umi pegi Jakarta dgn mama Bapa, Nana & Aina. 

ni pegi cherating 

ni pegi krabi,


masa Ammar dalam perut umi banyak berjalan heheh 

ni 40 Minggu 3 Hari 

Adik dalam Perut umi

Ni nak pegi berbuka dekat Hotel Maluri. Adik lahir bulan puasa masa 18 puasa tak silap. 

Masa mengandung kali kedua pun umi tak ada alahan jugak, sihat je muntah pun macam tak ada, selera je makan. Cuma masa awal kehamilan tu rasanya Fasa alahan umi ialah muka umi naik jerawat banyak dan jerawat jenis nanah tu. Seram tengok muka sedihh.. lepas habis waktu alahan dalam 3 bulan gitu alhamdulillah muka makin ok dan makin berseriiii heheh Sebab Lelaki dalam perut hihi


Masa mengandung Ammar, umi minat sangat dengan Munni dalam cerita Bajrangi Bhaijaan ni comell sangat. Lepas tu masa mengandung ammar, umi kuat minum kopi. Min Caffe tu. Memang hari2 minum. Sampai nenek cakap tak takut ke anak ko hitam nanti? hahaha

Lantak la kan umi dah malas sebab masa anak pertama minum susu saje pun anak kulit kurang cerah haha. So anak kedua lantak la hitam ke apa sebab kot2 nanti lahir tetap ikut muka abah jugak. 

Last2 lahir2 je baby kulit cerah sampai la besar, sebab tu Ammar kulit cerah ikut umi, Kakak kulit kurang cerah ikut abah heheh

ALAHAN ANAK KE 3

Ok, Alahan untuk anak ketiga ni pulak betul2 lain dari yang lain masa anak pertama dan kedua. Mana tak nya, umi tak mengidam apa2 pun, rasa sakit pinggang je belah kanan dah sebulan gitu, ramai kata mungin ada cyst, atau slip disc, bukan main lagi umi takut. 

Mulanya nak biar je sebab bila duduk dekat opis tak sakit, bila dekat rumah bila baring tu dia rasa sakit lenguh2 gitu. So, umi pergi jela Klinik Panel Opis nak cek, Doc kata dia xde mesin X-Ray nak tau ape yang kena umi. Kena refer Hospital untuk x-Ray. 

So, umi pergi Hospital Cheras untuk buat x-Ray. Sebelum buat ujian x-Ray tu, umi kena ambik air kencing dulu nak pastikan mengandung ke x. Sekali dah dapat keputusan rupanya Positif Mengandung alahaii tak dijangka tau yang ketiga ni. 

Umi terus bagitau Ratna, lepas tu mak, dan abah. Abah sampai 10 kali whatsapp sticker Alhamdulillah tu xtau la exited ke apa tu. Mana taknya setiap bulan tanya umi ada isi ke x? apa umi nak makan abah beli abah cakap baby nak makan makan jela. alahai rupanya betul rezeki haha

Tapi yang peliknya umi kena alahan BAU !

Umi tak boleh langsung bau badan abah hahahah busukkk.. bau minyak wangi, bau bedak, bau yang busuk atau wangi semua tak boleh!!

sampai dedoran abah umi xsuk, ketiak abah umi xsuka, minyak wangi abah umi beli pun umi xsuka, umi suruh buang @ umi suruh pakai dekat luar rumah bila nak keluar. Bedak2 apa pun xboleh pakai dalam rumah. 

Abah cuma picit je bedak tu keluar angin je umi dekat meja makan dah pegi muntah! Ada satu hari tu umi tengah makan abah lalu depan toilet abah kentut, terus umi muntah hahaha xpernah2 sejak kawin umi muntah bau kentut abah tau haha.. Kakak Abang pun umi tak bagi pakai bedak langsung. mandian hanya boleh berasaskan susu kambing je..

semua minyak wangi lama umi buang, beli deodoran abah lain2 pun umi tetap tak boleh bau, nak tidur dekat lengan abah pun umi tak tahan tau. 

Lepas tu Nana paksa umi makan semua ubat doc bagi so umi makan pun boleh muntah. Bila makan ubat Zincofer tu lagi la Pagi2 umi muntah pink setiap pagi tau alahai lemahh, Gosok gigi pun muntah. 

Masa awal mengandung dalam bulan puasa berat umi 55kg masa tu bila tak ada selera, kerap muntah, puasa pulak tu habis sebulan turun 4KG tau. Lepas habis fasa muntah tu, selera dah ok makin kuat makan asik nak makan jee.. 

Minum pun hari2 nak Neslo Ais, Nescafe ke Milo ais ke. Kuat minum manis!

Mengandung kalini pun pelik sebab tangan umi belah kanan start 7 bulan asik rasa kebas, sakit je ni dah masuk 8 bulan kiri pulak dah mula kebas. 

Tapi best mengandung kalini umi jadi sangat RAJIN!! haha Setiap hari buat sarapan pagi (waktu berkerja jela) Hari cuti sarapan dekat luar sebab abah pun faham kesian umi hari2 nk buat sarapan. 

RUmah umi kemas habis2 buang barang yang xguna, kemas belakang masuk dlm bilik adik, almari umi angkat punggah nak bagi kemas, periuk besar2 umi angkat.Rajin cucui toilet, mop lantai perhh seronok bila fasa Rajin ni. hahah tp tulah penatt sebab mengandung kan. 

Muka umi pun jerawat nai xberhenti. Memang hormon barangkali! lama jugak dekat 7 bulan baru jerawat berhenti naik. sekarang muka dah bersih xde jerawat naik tapi masih ada bekas jerawat lagi la. muka tak pakai apa jugak tp xdela kusam sangat. 

Rajin bersihkan diri, rajin Scrub badan hehe. Sekarang dah 8 Bulan berat umi dah 62kg dah tau. 

ok lah tujela nak cerita fasa Alahan itu pun sebab ABAH sibuk tanya xrecord ke kisah mengandung ni? dari anak pertama sampai ketiga ni? umi kata tak sebab malas dah lama tinggal blog. Rajin masa zaman aina je dulu. sebab tu banyak kisah aina je hehe



Mengidam Anak Pertama : Nur Aina

Masa Anak pertama lepas seminggu sanding belah lelaki kot, umi dah rasa tak sedap badan, breast umi dah mula rasa sakit sangat. Tak boleh pakai brax tak boleh bgerak sangat dia rasa sakit.

Lepas tu umi tiba2 teringin nak makan Baked Sweet Potato teringat yang masa pegi genting dengan Yana Zhafir, abah kata nak pegi genting memang tak la, so cari dulu dekat2, Alhamdulillah jumpa ada jual dekat Aeon Maluri so umi pun beli la. Lepas la jugak tekak ni.
Kedai ni la umi beli Sweet baked Potato tu.

Lepas tu mengidam nak buah Terap pulak, so kami balik kg la demi aina tersayang di dalam perut hehe. Masa ni dekat air port otw balik Tawau

 Tengok abah yang jumpa Buah terap ni dekat tepi jalan simpang Taman Ria. Umi tak perasan pun tapi  umi dah tunjuk kat abah buah terap tu so abah dah kenal. Abah terus beli untuk umi. 
 ni lah isi buah terap tu. sedappp hehe
sambil balik kg, kami pegi lawat nana dekat MRSM Sandakan. 
 Abah dengan bapak singgah isap kok dulu.








Mengidam Anak Ke Dua

Masa mengidam anak kedua umi teringin sangat nak makan sup sirip ikan YU yang dekat sabah punya. Alang2 adik nak datang kl, so mak suruh adik bawakkan, umi panas kan je bole la lepas tekak. 



 Masa nak makan Green Tea Swiss roll dgn Red bean ni punya la susah nak cari, sampai ke Sri Hartamas tau umi dgn abah pegi cari nasib baik ada. heheh 



Cherating Zie Garage