My Wedding Day

My Wedding Day
Muhamad Nazril Shah Bin Ramli ~ Erna Binti Hairuddin

Friday, 1 November 2019

Mengidam Anak Ketiga

Mengidam anak ketiga umi nak makan Sala Bulek ni. Makanan Minang. selalu makan dekat chow kit dengan Lontong minang sekali. Tapi dan2 la kali ni pulak owner dia meninggal alahaii.. lepas tu merata la carik ada lepas balik beli buah durian dekat chow kit, terus ke keramat tanya satu2 kedai minang pun tak ada jual jugak.

Sampai tiap minggu pegi chwokit tanysa ada dah ke, sebab orang yang buat tu dah meninggal, so anak dia pulak sambung buat tapi asik cuti jeee orang tu. tu selalu xda. bila call semalam kata ada harini (sabtu) xtau lagi ada ke x.

Abah pun xbersungguh pegi cari, dekat gombak ada jual dekat rumah kak pipi, tapi abang tidur je xnak bangun pegi cari. last2 umi nangis umi kata biar umi g sorang2 kalau umi tau kedai dia xpayah susahkan abah laaa..

Setiap sabtu umi call akak Sala Bulek tu bila dia kata ada akhirnyaaaa happy kemain, umi suruh bungkus RM10 sampai chowkit terus makan itu je hehe.

mengidam lain2 tu macam biasa la bakso la, rojak lontong laa alhamdulillah semua dah dapat. hehe Jus Avocado belum dapat, nak makan western pun belum dapat jugak. insyaAllah abah ada masa, dan duit nanti umi mintak abah abwak umi g makan.

Pengalaman Bersalin


ANAK PERTAMA : NUR AINA

Assalamualaikum n bismillahirrahmanirrahim... Arini 21/8/14 umi dh masok wad bersalin. Dr pkul 7 pg smpai ke mlm dh 4 kali umi tukar panty. Asik basah je seluar.. Umi xsure itu air ketuban ke ape.. Pkul 9.30 lps mkn mlm bersiap2 pegi hosp Ampang utk cek sama ada itu air ketuban ke bukan.. Lps dh kne cek btul la air ketuban.. Trus kne admit masok wad walaupun bukaan baru 1 CM..

Maka, bermalam la umi 1 malam sebelum bersalin Aina. Umi siap bawak al Quran lagi tau tapi langsung xboleh baca, xtenang. Abah ada mintakkan air selusuh esok pagi baru umi minum.

Keesokkan paginya hari Jumaat, pukul 8 macam tu abah datang bawak nasi lemak kerang umi mintak tapi makan 2 sudu je boleh masuk dah tak lalu makan. lepas tu beratur la semua tunggu giliran nak cek bukaan dalam 1 bilik ni. Mama cakap kalau kau dah rasa xboleh duduk diam tu tandanya dah nak bersalin la tu.

Masa tunggu giliran nak cek bukaan,  umi dah xboleh duduk diam dah dah xtahan sangat dah. Bila masuk bilik tu doc pecahkan air ketuban. lepas balik ke katil, umi tukar kain, lepas tu abah nak balik dah, umi bangun je, umi panggil abah balik mintak ambikkan kain nak tukar lagi sekali sebab basah lagi. Abah nak pegi kerja Stanby SMART, tapi umi tak bagi.

Pagi tu mama dengan bapak ikut sekali pegi hospital tapi dorang tunggu bawah @ dalam surau xsilap. Abah je teman umi masuk Labour Room. Pagi tu jugak umi kena tolak Labour Room. masa Tengah hari, abah nak keluar nak pegi Solat Jumaat kejap, tapi umi tak bagi hehe jangan pegi mana2.

8 jam jugak lah dalam labour room tunggu aina keluar. Masa Contraction umi rasa sakit sangat, nurse pun kata graf menunjukkan contraction umi double sebab umi minum air selusuh. bila nurse tanya awak ada minum air selusuh ke? umi kata ada. Nurse mintak air tu suruh abah g ambik bawak ke bilik LR suruh buka penutup. Nurse kata awal sangat minum air selusuh, tengok puan dah double sakit dah.

Awal2 group doctor datang bilik umi explain pasal Epidural. Semua orang kata epidural risiko bahaya sebenarnya auta je doktor tu kata, tapi mula2 umi tak nak. lepas tu doc tu pergi bilik lain pulak. Lepas tu bila nurse kata umi double contraction, baru umi mintak epidural tu dengan doktor. Tapi bila doktor datang, dia kata ubat dah habis, dia dah order baru nanti dah ada dia bagitahu.

Lepas nurse cek bukaan dah 6 CM, then doktor tu datang balik bagitahu puan nak ke Epidural? dah ada stok ni. Umi kata xnak la, dr 1CM sampai 6CM umi boleh tahan double sakit ni, xpelah tinggal tunggu 4CM je nk sampai bukaan 10Cm so umi tolak pelawaan doktor tu hehe.

Tunggu punya tunggu sampai 8 jam baru Aina lahir, bila Doc panggil kata dah nampak rambut baby, abah pulak berpeluh2 hihih.

Masa dalam LR tu ada sorg doctor pelatih lelaki dalam tu tapi dia duduk hujung sekali dekat dinding so xnampak sangat la proses nak melahirkan aina, mungkin dia hormat barangkali.

Lepas aina lahir, sekejap je doktor letak aina atas dada umi(skin to skin) lepas tu doktor bawak masuk NICU on antibiotik sebab dah 24Jam leaking air ketuban. So bertambah lagi sehari umi duduk wad. Bila keluar bil semua RM36 untuk 2 hari admit hehe




ANAK KEDUA : MUHAMMAD AMMAR SHAH

Pengalaman bersalin anak kedua ni ok sikit, hehe. Sebab minggu ke 34 umi dah amalkan perineal Message. Lebih rileks sikit dari yang pertama.

yela, mana taknya, umi download apps contraction counter so mudah nak record. Masa puasa ke 18 pagi tu umi pegi PAC cek bukaan tapi baru buka 1 cm doc tanya nak admit ke balik dulu? umi kata balik.

Esoknya sempat lagi berjalan sakan, malam tu umi gigih dah jalan itik, naik turun sambil cangkung, jalan keliling rumah, masa tengah malam tu umi sakit dah bagitau abah tapi abah sambung tidur balik je xlayan umi pun. so umi pun tidur tapi tak boleh sebab sakit tu datang kejap2.

bila umi tengok record contraction counter tu jarak masa dia 5 minit sekali dah! umi terus kejut abah umi dah sakit 5 minit sekali, lepas tu umi kejut mama dengan nana. kami semua tak mandi pun, abah boleh rileks pegi mandi lama2 pakai baju lambat, pakai minyak wangi lagi adoiii xsilap 3 4 pagi kot masa tu.

Sambil2 umi sakit tu abah mandi, umi mekap heheheh bila sakit hilang, umi mekap pakai bedak, datang sakit, umi rileks balik. hilang sakit, umi sambung mekap gitu la sampai siap pakai lipstic merah, eyeliner dekat mata hahahah

bila nana bangun umi dah siap, nana tekejut tengok umi, ni nak pegi jalan2 ke nak bergi beranak? haha Mama sempat buatkan umi milo panas dengan marjerin. Umi minum bagi habis, tapii keluar rumah je umi muntahkan balik tepi blok tu heheh mungkin makanan dah xboleh masuk. last minum milo tu je tapi dah muntahkan balik hehe,

Dah tu pulak abah bawak kereta pegi hospital bukan main rileks lagi tau, umi dah sakit2 dekat sebelah ni, mama ikut, nana jaga aina dekat rumah.

Sampai hospital umi masuk PAC dgn mama, abah cari paking. lepas tu cek bukaan dah 5CM! fuhhh tulaa cek bacaan graf kejap lepas tu terus masuk LR. Dalam LR cod pecahkan air ketuban then kemudian xtunggu lama pun, dalam sejam je ngam1 lepas azan subuh je Adik Ammar lahir hehe. Koyak pun xbanyak doc gunting sikit je bila umi tanya kenapa gunting?  doc kata kalau tak gunting nanti koyak banyak, tak cantik!

And, Alhamdulillah masa bersalin ammar, langsung xada doc lelaki masa proses bersalin tu. doc lelaki datang cek kerja jahitan je ok ke x dan cek dalam miss V selepas jahit.

Dan paling best, moment skin to skin lamaaa lebih 15 minit rasanya. Nurse suh angkat baju, then letak baby atas dada umi, kemudian keluarkan uri. Doctor yang urus umi bersalin pun doktor muda rasanya, dia tarik uri perlahan sangat umi siap tolong angkat lengan baju dia sikit.

lepas bersalin, masuk wad kejap, petang dah bole keluar alhamdulillah