My Wedding Day

My Wedding Day
Muhamad Nazril Shah Bin Ramli ~ Erna Binti Hairuddin

Sunday, 6 April 2014

NE SERVICE: My Hubby punya Bisnes

NE SERVICE 
adalah sebuah perniagaan yang diusahakan oleh suami saya sendiri En Muhamad Nazril Shah Bin Ramli dengan gabungan dan bantuan dari bosnya iaitu en. Rafie Radzie dan sokongan sepenuhnya dari saya sbg isterinya.. 
Jenis perkhidmatan yang dijalankan ialah 
1. Trak tunda
2. Pusat mencuci kereta
3. Kereta Sewa 
4. Tuntutan insurans
5. Servis penghawa dingin
6. Membaik pulih kenderaan
7. Aksesori kereta
8. Mengetuk dan mengecat kereta

TRAK TUNDA
Trak tunda adalah perkhidmatan utama yang suami sy jalankan. Beliau mempunyai contrak dengan SMART tunnel 
Smart tunnel terbahagi kepada 3 bahagian di mana paling atas adalah di panggil upper deck iaitu lorong dari jalan imbi dan Jalan Tun Razak susur keluar ke cheras , sg besi dan seremban. Lower deck pula ada 3 cabang masuk dari cheras, seremban @ pun desa petaling keluar ke jalan kl. Manakala lorong ketiga adalah untuk laluan air. Apabila kl dilanda banjir, terowong smart akan ditutup untuk di gunakan sebagai laluan air.. 

PUSAT MENCUCI KERETA
Pusat mencuci kereta adalah terletak di bangsar Lorong Abdullah.. Di kendalikan oleh seorang melayu untuk menyelia dan selebihnya 6 org pekerja india untuk mencuci dan membersihkan kereta.. So, suami saya akn ke sana sekali skala untuk mengutip hasil kutipan carwash dan parking.. 
Ni adalah tempat mencuci kereta.

Setelah kereta dicuci, kereta akan di pindahkan ke sebelah untuk di lap, bersihkan serta vacum. Harga bagi setiap kereta adalah berbeza mengikut jenis dan tambahan water wax @ pun tidak 
Yg ni adalah cabin iaitu untuk tempat berehat.. Dlu sy selalu sangat tido dlm cabin ni.. Heheh tp semenjak cabin ni diserbu pepijat, hubby dh xbenarkn sy msok dlm cabin ni dah.. Huhu 
Selain mencuci kereta, tapak ini juga adalah tapak untuk parking kereta terutama hari biasa iaitu isnin - jumaat utk pekerja2 opis dan pekerja yg bekerja berhampiran.. 
Sekali skala selain hubby sy, member partner hubby sy iaitu en. Radzie @ abg Jalut akn dtg ke tempat ini untuk melihat keadaan pusat mencuci kereta ini.. 

MENGETUK DAN MENGECAT KERETA
Tempat ketuk dan cat kereta ini adalah kepunyaan bos hubby sy.. Tp tingkat atas adalah opis hubby sy dan kwn2 dia.. 
Tingkat bawah adalah untuk mengetuk dan mengecat kereta.. Terdapat seorang kerani yg menyelia tempat ini.. 
So, ini adalah gabungan kesemua company persendirian di mana smuanya adalah di bawah 1 company ZIE Garage yg dimiliki oleh bos my hubby, Emeister adalah kepunyaan abg Pie, manakala NE Service pula adlh kepunyaan hubby sy. JTS pula team kereta yg dikelolakan oleh abg Jalut, dan yg terakhir sekali ACS Adam Creation Studio milik Ude. Dia yg bahagian buat kad, banner, design baju dan sbgainya.. 
So disini sy dh terangkan serba sedikit tentang bisnes sendiri hubby sy dan bos dan rakan2 nya.. Semuanya rezeki masing2 dan Allah dah tentukan rezeki masing2 cuma usaha masing2 je berlainan untuk meraih rezeki yg diberi.. 
Mudah2an semua murah rezeki.. Aminnn 

No comments:

Post a Comment